a.s.p.i.r.a.s.i-reform!


Betulkah Dekan Fakultis Sains Wira?
September 12, 2008, 1:33 pm
Filed under: Wirakarnain Sani | Tags: , ,

Gilakah apa? Kawan-kawan teman ketawa terbahak-bahak apabila mendengar Wirakarnain yang selama ini konon-kononnya wira dalam Aspirasi Universiti telah menjadi Dekan Fakulti Sains.

Kata bekas girlfriend teman di Canselory, PhD Wira di fakulti tersebut telah pun tamat. Sejak zaman Tok Hashim lagi, Wirakarnain diberi peluang oleh Universiti untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD. Sekarang dah lewat 10 tahun.

PhD tak siap ini sebenarnya cukup aib. Katanya, 2 projek penyelidikan yang dibuat oleh Wira jadian Aspirasi telah kantoi hidup-hidup. Lebih dari itu, sebenarnya bukan PhD sahaja tidak siap. Sekarang ini, Universiti sendiri tengah mencari di mana proposal atau kertas kerja cadangan PhD Wirakarnain.

Bulan lepas, Dekan Fakulti Sains telah memanggil Wirakarnain.

“Mengapa awak mengatakan kepada saya yang PhD awak hampir selesai?”

“Sebenarnya saya memang nak selesaikan PhD tersebut, cuma saya ada beberapa kerja lain tidak selesai di Universiti ini.”

“Politik?”

“Itu soal peribadi saya. Dr. tidak boleh campur?”

“Bagaimana awak boleh terpilih sebagai Pensyarah di sini dahulu?”

“Temuduga. Prof Hashim melihat saya layak.”

“Prof Hashim sendiri kata beliau tidak pernah temuduga kamu. Dahulu kamu kata proposal PhD kamu pernah dilihat sendiri oleh Prof Hashim. Hashim kata tida..”

“Saya sebenarnya tipu Prof Hashim. Prof.pun saya tipu kerana saya terdesak…”

Kah…kah…kah…Jumpa kami budak-budak Aspirasi perkenalkan diri sebagai Dr. Wira lah. PhDnya kerajaan Malaysia ambillah. Dirinya bertanggungjawab menjaga Melayu dalam kampus lah.

Last-last…baru hari ini kita tahu yang PhDnya adalah Perasaan Hasad Dengki dan Dia telah pun menjadi pensyarah kontrak sampai tahun depan.

Betulkah Dekan Fakulti Sains (adalah) Wirakarnain? Jawapannya adalah betullah (penipu Si Wira ini)

Kah…Kah…Kah…


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a comment